Trip To Langkawi: Day 1

Bismillah,

As you can read from this entry, we've planned to go to Langkawi cuz we cool, jkjk.

So malam sebelum kitorg berlepas ke Langkawi, Aini, Hanifah dan Izzati ke rumah aku sebab esok pagi Abah dan Mak aku hantar, so takkan la pagi pagi buta nak ke rumah sorang sorang kutip en, so kita kumpul sekali senang gerak \^O^/ Flight kitorg pukul 7.30 pagi, so malam tu acah la kata nak tidur awal and what not. Ah kau tipu je lebih, end up tidur dekat pukul dua. Dalam pukul empat bangun, siap siap semua. pukul lima gerak pergi KLIA2. Kitorg naik Air Asia sebab murah dan masa tu ada promotion, tak silap pergi balik dalam RM94< tanpa luggage(selepas lima bulan baru update blog pasal trip ni so banyak maklumat sudah tidak dapat dikenal pasti akan kesahihannya xD).

Dalam pukul 6 sampai KLIA2, solat subuh dekat surau situ lepastu tergesa gesa pergi gate dia sebab kawan aku telefon, suara dah naik sebab kata kitorg dah lambat. Jumlah keseluruhan yang pergi adalah 12 orang, memandangkan tiket promotion untuk flight pagi ada untuk sepuluh orang, maka lagi dua naik flight petang pukul 2.30pm.

Day 1
Memandangkan ni first time naik flight dengan kawan kawan, travel dengan kawan kawan memang excited la walaupun pergi tempat dalam negara je tapi feeling dia lain!


Dalam flight, aku duduk tepi tingkap, banyak jugakla gambar sayap kapal terbang yang aku ambik sebab nampak cool ok! Selain daripada tingkap, aku duduk jugak sebelah Nifah, lepastu ada Aini. then lorong, lepastu ada Izzati, Wani dan Khadijah, Nasiha duduk sorang sorang dekat row lain. Firoz pun duduk lorong lain. Aina dengan Alia duduk berdua dekat row lain. Tahu tahu, korang tak nak tahu tapi mana tahu korang nak tahu. huhuhuhu.


Mendarat di bumi Langkawi dalam pukul 8.45, terus ke tandas sebab nak betulkan tudung. Kemudian, kami ronda ronda dalam Airport sebab abang kereta sewa datang pukul 10am. Rasanya nak tidur pun boleh tapi kami jalan jalan la dalam tu. kang tak jalan rasa sedih pulak hahaha ok takde kena mengena. Nak habaq la, Khad belanja Boost Juice, ya, Khad sungguh pemurah orangnya. Dia belanja satu cawan boost juice dan dikongsi bersama sembilan yang lain :') Beberapa minit kemudian, Abang kereta sewa sampai, dua myvi, lepastu sumbat la kami didalam myvi tersebut dan pergi sarapan sebab lapar tak makan breakfast lagi.

Maaf, dah lupa makan dekat area mana huuhuhu but I ate meehun? bersama air milo :) Plan asal ingat nak sewa dua myvi, sumbat dua belas orang, maksudnya enam orang satu kereta la kiranya. Tapi, takut kena saman dengan polis, ye la budak baik en, kitorg pergi tukar satu kereta myvi dengan avanza. So kiranya myvi-lima orang, avanza-tujuh orang. Aku naik kereta myvi, bersama drifter kita, Cik Alia dan peminat peminatnya, aku wani izzati dan firaz.



Apakah Langkawi tanpa Haji Ismail Group(HIG)? untuk memulakan percutian kami, kitorg pergi HIG untuk meninjau harga harga makanan yang bakal dibeli pada hari ketiga nanti. Dah puas cuci cuci mata, Kami pergi ke suatu Mall yang aku tak ingat apa nama dia T.T(menyesal lambat tulis blog ;_;) dekat kawasan Mall tu macam ada tasik? sungai? not sure, so kami pun melihat keindahan Langkawi, ambil gambar sikit untuk update ig tulis :Alhamdulillah selamat tiba.

Selepastu kami masuk dalam mall untuk makan tengah hari. Ya kawan kawan, in between breakfast dengan lunch ada la dalam tiga jam setengah, tapi bukan nak kata apa la, orang penat naik flight, senang lapar, aku makan *something something*hot plate, dan air *something something huhu tak ingat*.


Kemudian, kitorg ke Airport semula untuk ambik Fatin dan WV yang baru sahaja mendarat. Dan terus check in Motel untuk melepaskan penat lelah kami, solat dan sewaktu dengannya. Motel yang kitorg duduk agak cool sebab serious tepi pantai, harga pulak tak mahal sangat, satu motel empat orang, bilik kitorg connected to bilik sebelah. Bilik aku ada Firaz, Nas dengan Izzati. Bilik sebelah ada Aini, Hanifah, Alia dengan Aina. Bilik lagi satu tu ada Khad, Wani, WV, Fatin. Dalam pukul empat dekat pukul lima kitorg keluar sebab nak pergi window shopping dekat area lain, haha tak ingat apa nama tempat tu :)  

Lepastu baru pergi pantai. Aini Nifah Alia Aina dan aku pergi naik Parasailing, harga dia rasanya okay la kot dalam RM80< macam tu, dapat la rasa jadi burung macam mana. rasanya harga dia kurang daripada lapan puluh, dalam enam puluh rasanya? mungkin? 

burung kena tembak 


masa nak naik parasailing ni, kitorg kena pergi tu the other side of the beach, tempat tu agak sunyi. masa dekat atas tu borak borak la dengan abang tu, tanya la dia dah lama ke kerja? ramai tak orang? ceh macam kawan dah aku rasa. Daripada tempat parasailing ke pantai dekat area motel kami tu, kitorg naik jeep. excited la sebab first time naik en.


Tipu la kalau kata tak takut, tapi fun la walaupun memalukan sebab muka excited tapi masak la. Lepastu kami kembali ke habitat kami, ambil gambar, ni paling fav la tu pasal post sini,



Lepastu, kitorg try pulak Banana Boat, lepas nego dengan abang tu, dapat la RM10/person. Sepatutnya satu boat tujuh orang, Alhamdulillah, kami sumbat sepuluh orang. haahha, Firaz dengan Izzati tak join. 


I sat infront of Fatin, depan aku tak ingat siapa. Masa jatuh tengah tengah laut tu serious gelabah lah, tapi Alhamdulillah tudung masih di kepala, tak tercampak apa haha. Lepas dah habis Banana boat, kami pun berkubang la tepi pantai sampai pukul tujuh macam tu. Lepastu mandi siap siap pergi makan malam. Acah makan subway la kononnya as requested by me, tiba tiba gedik tukar KFC haha, sorry ye Aini kerana mengubah plan.


Lepastu cuci cuci mata sekejap dekat pasal malam area motel kitorg, lepastu balik bilik. Tak sure siapa punya idea, kitorg pun takde kerja pergi jalan jalan tepi pantai malam tu. Tak semua join, ada aku firoz nifah khad nasiho


Lepastu balik bilik tidur.

Jumpa di entry seterusnya!!!!!!!!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Ugly Story 1: Permanent

The Journey: Underdog took the Olympic Gold Medal!

Well, I'm no longer working as a Protege..